Kegelapan
Katakanlah apa yang kau lihat
Memang benar hanya kegelapan yang bertandang
Dari itu carilah engkau akan apa yang tersirat
Gelap
Suasana tiada cahaya
Dengan cahaya diberi penglihatan
Namun, bagaimanakah dapat kau melihat gelap
Bagaimanakah kau dapat tahu bahawa itu gelap
Gelap
Apakah warnanya
Hitam?Kelabu? namun, tetap gelap
Itukah yang kau idamkan,
Warna yang gelap tiada seri
Dapatkah kau mendengar apa-apa
Adakah kau menyukainya?

